Haha..setelah sekian lama blog ni dibiarkan sepi, hari terasa ingin kembali menulis di sini...
Aniq?Aniq sekarang dah boleh berdiri sendiri...tapi belum lagi berjalan, insya'Allah, dengan harapan tinggi sedikit masa lagi Aniq pasti boleh berjalan sendiri..Owh, alhamdulillah, aku baru jer selamat melahirkan anak kedua, Annur Raudhah pada 26 Disember 2010 lalu.. Dan kini aku dah ade sepasang cahaya mata yang sentiasa disisi untuk menjadi pendorong pada mommy and daddy mereka. :)
Cerita tentang Aniq pasti takkan pernah habis, apa lagi kehadiran Annur pasti akan menambahkan lagi cerita2 untuk aku kongsikan di sini..Sewaktu aku bercuti pantang ni, ade la sedara yang datang melawat dan aku masih ingat cerita dia pada aku.. tentang anak istimewa..Yup, kakak tu mengajar di sekolah kanak2 istimewa dan ceritanya ingin sekali aku kongsikan kat sini..
Menurut kakak ni, ada salah seorang ibu antara puluhan pelajarnya itu berkongsi kisah istimewa anaknya. Ibu tersebut mempunyai 4 orang anak dan salah seorang dari anaknya dilahirkan istimewa. Yep, siapa yang menginginkan anak istimewa tapi di sebalik setiap ketentuan Allah itu, aku percaya tanpa ada ragu, pasti ada hikmah di sebalik ciptaanNya. Tapi itu mungkin aku, tidak pada ibu itu yang terpaksa mengharungi kesedihan apabila suaminya tidak dapat menerima hakikat yang anak mereka itu istimewa apalagi menerima anak tersebut..Sungguh mengharukan apalagi segala urusan persekolahan, urusan perbelanjaan anak istimewa tersebut di tanggung ibu itu seorang diri. Suami wanita itu tak pernah cuba untuk mendekati apalagi membawa anak itu keluar bersama dan hanya meninggalkan dia bersama pembantu rumah. Suaminya juga selalu mengatakan dia malu membawa anak istimewa itu bersama kerana aku juga faham pada kejadian istimewa Allah ini pasti menarik pandangan mata manusia untuk melihat. Ibu tersebut hanya bercerita dengan linangan air mata. Kini anak itu sudah berusia 10 tahun dan suami wanita tersebut masih begitu. Apa yang aku mampu buat, hanya mendoakan semoga wanita tersebut tabah mengharungi dugaan ini dan pasti ada sinar bahagia dan sesungguhnya Allah bersama orang2 yang sabar. Insya'Allah.
Berbalik kepada kisah hidup kami, mungkin Aniq dilahirkan istimewa. Aku juga tidak pernah menyangkal pandangan mata manusia melihat Aniq di saat kami keluar bersama.Malu?Kenapa harus malu?Itu pastinya ketentuan dan kurniaan Allah pada kami, dan dialah yang akan memberi inspirasi kepada kami. Kami akui, kadang2 kedengaran suara kanak2 bertanya, kenapa kepala dia besar? Kami hanya tersenyum lantas bertanya kembali, yeke? Mungkin pada kanak2 mereka masih belum mengerti apa dan kenapa untuk itu tidak sedikit pun kami berkecil hati. :) Itulah antara fasa atau proses yang harus kami lalui sebelum ia dialami sendiri oleh Aniq nanti. Aku cuma berdoa semoga Aniq kuat menghadapi situasi2 tersebut. Yang pasti, untuk berasa malu untuk membawa anak istimewa bersama adalah perasaan yang paling tidak ada dalam hati kami. Cuma, apa yang mungkin kami rasa, bagaimana Aniq menghadapi situasi tersebut suatu hari nanti.. Itu yang lebih kami risaukan. Semoga Allah mempermudahkan jalan hidup Aniq dan dikurniakan kejayaan yang hakiki..
No comments:
Post a Comment